Archive for February, 2008

10 jenis menangis

Monday, February 25th, 2008

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Cry01

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Xx6vjrcaxuwk96cazow5txcast3acnca06vx53ca
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan
kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis diwaktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.

kenapa perempuan mudah menangis??

Friday, February 22nd, 2008

Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

“Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab,

“Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.

“Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya.

“Ayah, mengapa ibu menangis?”

“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan,

“Ya Allah,mengapa perempuan mudah menangis?”

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang
mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik
adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. “Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah

                                    “air mata kehidupan.”

Crying20girl

Kahwin Orang miskin & Kahwin Orang Kaya

Friday, February 22nd, 2008

MUSIM orang kahwin, tentulah cerita orang kahwin juga yang mendapat tempat. Sana sini majlis perkahwinan
berlangsung. Yang kecil, yang besar, yang glamor dan yang sunyi sepi.Yang penting, impian pasangan untuk hidup bersama telah tercapai. Dan pastinya cerita yang ingin saya kongsi dengan pembaca minggu ini juga berkaitan dengan majlis kahwin. Apa tidaknya,
ramai yang menelefon ingin berkongsi pandangan mengenai majlis perkahwinan sekarang.

Setelah meneliti dan mencari yang terbaik saya memilih untuk berkongsi pendapat Datin W. Perbualan kami yang mengambil masa selama hampir sejam menceritakan segala-galanya tentang perbezaan kahwin orang miskin dan kahwin orang kaya.

"Miskin yang dimaksudkan adalah orang kurang berada yang hanya membuat kenduri kahwin di rumah, tidak di dewan atau hotel bertaraf lima bintang," demikian Datin W memulakan bicaranya.
 

Wedding2_5Datin W telah menghadiri sembilan majlis perkahwinan sepanjang cuti sekolah baru-baru ini. Ada banyak beza, katanya. Lalu dia namakan majlis itu kahwin orang miskin dan kahwin orang kaya.

"Lima daripada majlis tersebut diadakan di hotel dan dewan yang
bertaraf lima bintang sementara empat lagi di
rumah. Saya pergi ke semua majlis itu bagi memenuhi undangan kawan-kawan lama dan rakan sepejabat. Di tempat
bertaraf lima bintang memang menarik dan serba serbi canggih. Makanan terhidang depan mata, siap ada napkin, bunga terletak indah di tengah meja, makanan diletakkan dalam bekas cantik.
Siap ada kopi, teh dan pemanis mulut. Kerusi juga beriben dan beralas indah. Sayangnya, letih menunggu berjam-jam sehinggakan perut mula berjoget kerana lapar," kata Datin W.

Menurut Datin W, sudahlah terpaksa datang awal untuk mencari parking dan berbaris untuk masuk ke dewan. Kemudian macam orang bodoh, melilau mencari kerusi yang entah di mana letaknya.
Kalau tempat duduk bebas lebih mudah,tapi yang ada nombor parahlah. Terpaksa pula berlegar-legar mencari tempat
duduk. Kalau nasib baik ada penyambut tetamu cekap, lekaslah dapat duduk. Jika tidak macam kerang busuk terhegeh-hegeh mencari kerusi.

Pernah melalui pengalaman yang sama, saya mencelah dengan berkata, biasanyamajlis yang mewah itu ada penyambut
tetamu. Bagaimana boleh jadi macam tu?

"Memang ada penyambut tetamu, tetapi kalau sudah letak yang comel lote tapi tak tahu buat kerja susah juga. Pakai cantik-cantik, berbaris tepi pintu dan asyik tersenyum kepada tetamu. Bukan
hendak tolong tunjuk tempat, tapi sibuk bergambar dan bersalam sambil berbalas-balas gesel pipi tanpa mengira lelaki perempuan," tambah Datin W.

Memang betul, saya juga pernah melihat senario ini dengan mata sendiri.Perihal bukan muhrim tidak kira kaum dan agama berbalas ciuman di pipi pada majlis orang kahwin sudah menjadi
trend masyarakat kelas ‘atasan’ sejak akhir-akhir ini.

Tidak berhenti di situ sahaja, Datin W turut menegur sikap segelintir tetamu yang ada pangkat tetapi tidak tahu menghormati tetamu lain.

"Saya malu dan kecewa dengan sikap orang-orang ini. Ada jawatan tinggi, ada pangkat dan pakai lawa tapi otak tidak boleh berfikir pentingkan diri sahaja," suaranya agak meninggi.

Mendengar suaranya yang agak tinggi, saya bertanya kenapa.

"Bayangkan kita sudah berbaris panjang, tiba-tiba di depan ada satu
hamba Allah berpangkat jumpa kawan dia sepasang suami isteri, bersalam kemudian disuruh masuk barisan di hadapannya. "Kemudian datang seoranglagi, juga disuruh masuk, sehingga genap lima pasangan kawan mereka memotong Q. Sakitnya hati kita! Sekurang-kurangnya hormatkan tetamu lain. Ini tidak,mentang-mentang mereka ada nama, orang kenal, boleh buat sesuka hati,"tambah Datin W.

Di dalam dewan pula, kata Datin W, suasananya memang cantik. Pokok bunga di sana sini, layar pun ada untuk tetamu
yang duduk jauh dari pelamin. Tapi sayangnya dek kerana pokok-pokok bunga yang tinggi menjulang macam dalam hutan, pandangan sebahagian tetamu terlindung. Yang kelihatan hanya hujung kepala pengantin, tiang pelamin dan kepala tetamu lain.

Saya tersenyum sendiri. Mati akal saya untuk menjawab kata-kata Datin W. Lalu saya meminta pendapatnya terhadap
apa yang dikatakannya sebagai kenduri di rumah orang miskin.

"Ini yang saya hendak cerita. Banyak bezanya macam langit dengan bumi. Saya pergi empat buah rumah teman sekerja
saya yang menerima menantu. Makanan dihidang secara bufet. Ada yang katering, ada yang masih gotong royong memasak. Paling kurang ada lima enam jenis lauk dan buah-buahan sebagai
pencuci mulut. Dua daripada rumah itu siap disediakan teh tarik, kopi O dan bubur kacang.

Dsc9861azj72

"Tetamu boleh enjoy makan sambil sembang-sembang tengok pengantin bersanding. Selepas bersanding, pengantin dan ibu bapa datang bawah khemah menyapa tetamu sambil mengucapkan
terima kasih dan bersalaman. Tidak payah berbaris, tunggu dua jam baru hendak makan. Boleh ambil sendiri dan makan sepuas hati, tiada siapa melarang,”jelasnya.

Berbeza dengan majlis orang kaya, pengantin dan tuan rumah tunggu depan pintu, habis tetamu kenamaan beredar, mereka pun lesap. Tinggal tetamu terkapai-kapai mencari jalan pulang.

Kali ini saya bersetuju dengan Datin W kerana apa yang diucapkannya benar belaka. Lebih selesa menghadiri majlis kahwin orang miskin daripada ke majlis orang kaya. Kalau ke rumah orang biasa, letak sahaja kereta di mana, tepi jalan, padang atau kawasan lapang, asal jangan halang laluan orang. Tapi kalau di tempat lima bintang,
berpusing lima enam kali belum nampak parking kosong, kira pi kira mai, bayarannya sama banyak dengan makan nasi kandar di restoran mamak.

Dalam berfikir saya dikejutkan dengan suara Datin W yang masih bersemangat untuk bercerita lagi tentang majlis kahwin orang kaya.

"Bukan setakat itu sahaja, tetamu yang datang juga alahai memang berfesyen habis, kebanyakannya berfesyen macam hendak ke festival filem. Seksi dan menjolok mata pun ada, nak glamor punya pasal, tidak tahu beza majlis," tambahnya.

Kata-kata Datin W mengingatkan saya kepada satu kumpulan anak-anak remaja yang menghadiri majlis kahwin dengan menaiki kereta Mercedes. Empat orang dalam sebuah kereta, ertinya dua pasang. Cantik, tampan dan segak. Mereka memakai baju Melayu lengkap bersamping sementara anak daranya pula memakai kebaya lis jarang dengan tiub bertutup bahagian dada dan perut sahaja. Padanannya kain batik diikat pario sehingga ke paras peha. Bayangkan!

"Apakah pesanan kepada orang di luar sana yang mungkin keliru dengan pendapat Datin?” soal saya yang cuba membakar semangatnya.

"Pesanan saya, jangan rasa rendah diri jika tidak dijemput ke majlis kahwin orang kaya, jangan rasa terhina bila asyik ke majlis orang miskin. Kaya atau miskin bukan ukurannya. Yang penting jemputan tuan rumah dipenuhi."

"Apa pun," kata Datin W, "kita semua sama di sisi Tuhan. Yang berbeza hanyalah pangkat, darjat dan kemewahan
yang juga dianugerahkan Tuhan. Jangan sesekali lupa.”

Saya hargai pandangan Datin W yang berpengalaman luas dalam perkara ini. Jika direnung semula, betul juga katanya. Majlis perkahwinan juga kini semakin sengit. Persaingan makin
hebat. Seperti juga Datin W, saya turut mengalami pengalaman yang berharga. Buat pertama kali dalam sejarah, saya dan teman-teman pulang dengan tangan kosong daripada majlis perkahwinan
orang kaya baru-baru ini sedangkan ramai tetamu glamor membawa dua tiga cenderamata setiap seorang.

Bezanya, pada hari yang sama, pada majlis kahwin orang miskin yang kami hadiri, kami dibekalkan buah tangan, sebuah beg kertas penuh dengan kuih tradisional, gula-gula, kek dan sapu tangan dan bunga telur yang cantik. Apa sudah jadi? Ada diskriminasi juga kah?
Apa pun bukan buah tangan yang jadiimpian, tetapi menghargai jemputan. Pada masa yang sama seronok melihat lakonan manusia di pentas dunia!

Menutup kata, terimalah serangkap pantun daripada saya.

Anggerik rimba kembang serumpun
Kiambang di tasik jadi pilihan
Tercalar adat sopan dan santun
Ambil iktibar jadikan teladan.

Bak kata Temah : ala buat apa la nak menunjuk masa majlis kawen ni.. nk buat kat hutel bagai… buat pada kemampuan… pada ako ok la…. tp lebih elok buat kat rumah mak ayah… sebb kita dah di jaga ngan mak ayah dari kecik. bila dah kawen… terbalas gak la rasa nyer kalu kita sambut hari yg sungguh bermakna dgn family , sedara2, kawan di  rumah..ermmm tp skang ni kan… bersanding.. majlis2 kawen skang semua nk menunjuk2…. make up nk make up artist…. adei2… lumrah hidup… 

0103_1 

dpt gak CUTI

Friday, February 1st, 2008

wihuuuuuuuuuuuuuuuuu…Hoyeeeeeeeeee.. dpt jugak aku cuti disuasana public holiday semlm..walau pun PH tuh wilayah jer.. dpt jugak aku spend time ngan member2 aku yg sekian lama nyer aku x jumpa… bila jumpa meriah la… mcm2 gosip yg terkuar… huhu.. biasa la kaum hawa.. ada saja story2 yg nk dikongsi.. hikhik..be4 2 aku pi pickup Jue kt umah dia… ermm sepanjang2 jln x berhenti2 mulut minah tuh citer kisah2 dia.. ermm aku lama x dgr citer dari dia sejak aku sibok membz kan diri ku… Perghhh kisah minah tuh dah mcm NOVEL aku rasa.. tp aku bangga laa dia pandai cover masalah … selalu minah tuh sibok bertnya pendapat aku.. hehehe… layan la jue oi…..pastu aku pi umah aisyah.. ambik minah ni lg sowang… pastuh pi umah wati… adei2.. disebb aku yg berkenderaan kena la aku jd driver diorunk2 ni.. huhuhu…. tp syiok la…

ermmm semlam aku pi Jln TAR.. rasa mcm ada la sethn aku x jejak area sana…. perghhh rasa PERAK bkn negeri atau dipanggil  JAKUN kejab la aku pi sana… hehe.. lama tuh x pi sana.. jln2 masuk SOGO.. mak ai… ada SALE… pastuh aku jln pi JLN TAR servey TUDUNG…(utk mak aku ) wink* lalalala.. hikhik :p..( pssstttttttt pinky / yung  aku tau korunk dok gelak..)

perghhh aku x reti pilih aku… mcm2 nama… TUDUNG NGAN SELENDANG ??? ada tudung BAWAL.. TUDUNG PERIUK.. wakakaka.. org mcm aku yg x pernah pakai tudung mana reti beza kan .. bg aku tudung tuh sama jer…. janji ttp kepala.. hikhik.. last dpt jugak aku beli 2 jenis TUDUNG.. x tau la apa kenama nyer.. ni pun kwn aku yg pilih kan… huhuhu.. kalu aku pi sowang2 mau nyer aku beli tudung labuh mcm ustzah tuh.. hukhuk…

ermmm pas dah beli TUDUNG.. pi BTS (BERJAYA TIMES SQUARE) pi tgk wayang… citer CUCI… wayang start kul 6.50.. tp kitaorg smpai awal la pulok.. jalan2 la  cuci mata sat.. hikhik.. byk marka2 hensem2 …huhuhu.. adei2 ….dah pakai heel.. nk tecabut tulang lutut aku..tp dpt gak laaa aku sambar beli kasut.. kekeke.. aku nk cr hand bag x jumpa yg berkenan laa…huhu.. test aku ni pyh sikit… hikhik..  Pening jln2 cari brg x jumpa.. dah jln2 si Jue ni sibokkk lak nk beli kasut tuk keja.. si Aisyah ngan Wati pi cari suar.. adei2.. tp happening la… layannnnnnnnnnn..

Mlm lak lepas abis tgk wayang.. pi mkn NASI LEMAK.. ada satu tempat nasi lemak mmg POWER la wa cakap lu… perghhhhhhhhhh kalah nasi lemak kat KG BARU tuh….tmpt tuh kat TAMAN BUNGA RAYA kt Wangsa Maju.. ermm pada korunk2 yg x pernah pegi.. jgn tekejut kalu br pegi sana.. sbb nk beli Nasi Lemak ke QUE pjg… huhu.. nasib x der system ambik no mcm kt BANK.. sana semua SELF SERVICE… murah la… ermm masa dok beratur nk beli mkn.. anak buah aku kol aku guna henset NENEK dia.. kol aku suh blk cepat.. huhu.. RUPA nyer diorunk wat besday PARTY kat umah…adei2 sian cayunk kenit aku tuh.. mana aku tau dirunk wat Besday party kt umah.. aku ni PELUPA sikit.. kekeke… dah la x beli hadiah.. adei2.. nnt la MAK CU ko yg chantek ni beli kan hadiah .. hehehe… adei2.. pas mkn cargas aku blk umah… perghhhhhhhhh meriah siot umah aku… kekeke. malu aku.. blk2 tgn kosong.. nk wat mcm mana.. terpaksa la aku uluq NOTE RM 50 kat anak buah aku tuh.. adei2.. huhuhu.. sowi2 MAK CU ko yg Chantek ni LUPA BESDAY PULI.. kekeke… ok la.. penat aku type2 ni…. x der apa dah nk kongsi ngan korunk.. ermm ok adiosssss. cayunk2 semua