wajib TONTON..wayang
Hari minggu yang santai ni mari kita cerita fasal Filem.
Siapa yang suka filem Fiksyen dan Suspen tentu tak sabar filem ini ditanyangkan.
Bukan, saya bukan cerita fasal Transformer..tapi satu filem aharan J.J. Abram bertajuk CloverField.Satu iklan pendek filem ini telah pun di pertontonkan semasa permulaan tanyangan pembukaan filem Transformer hari itu.
Hasil daripada penayangan iklan itu ,filem ini mendapat liputan meluas termasuk pihak media.Satu strategi marketing yang baik dari team J.J. Abram.
Tak mahu cakap banyak,tengok je iklan filem CloverField di bawah ni (Pasang speaker kuat-kuat untuk lebih thrill):
Amacam,naik bulu roma tak?ehe..
Macam-macam spekulasi fasal cerita CloverField ni,ada yang cerita fasal hari kiamat,ada yang cerita fasal raksasa gergasi menyerang bumi dan macam-macam lagi.
J.J.Abram sengaja tidak mendedahkan cerita sebenar filemnya ini supaya semua orang berteka-teki dan tidak sabar menunggu tanyangan perdana filem CloverField nanti.
Anda rasa filem ini cerita pasal apa?Hari kemusnahan bumi?Penaklukan makhluk asing?Bencana alam semula jadi?
p/s: Tengok iklan cerita ni teringat pula cerita War of the Worlds arahan Steven Spielberg yang mana ceritanya bagi saya indah khabar dari rupa iklan.Harap-harap filem CloverField ini tidak menguciwakan
KOMEN DARI Temah
Aku dah tgk dah hr jumaat lepas, aku pi tgk wayang kat GSC One Utama! citer ‘Cloverfield’, huh citer paling mendebarkan abad 2008 … aku bkn la nk promot… tp citer tuh mmg BEST dari mula sampai habis mmg cukup mendebarkan dgn SOUND EFFECT yg nak pecah GEGENDANG tinger aku.. mmg x bergerak la pukuq aku… mata tertumpu kan screen jer… ehem2 aku kt sblh pun langsung aku x kenyit2 mata….walau pun dalam wayang tuh sejuk kemain la aircond dia…aku bule berpeluh2 pasal byk kali terkejut2.. aku ni bkn buleh berdebar sgt pun.. kang mula lah nk pitam la apa la… pasal tuh citer2 yg hantu aku mmg x tgk..kuikui.. bkn takut.. seram jer… tp di sebab ‘Cloverfield’, aku leh lak pi tgk dgn x sengaja nyer… PERGHhhhhhhhhhhhh… wa cakap lu… citer yg paling best la wa pernah tgk!! Pada korunk2 yg lom pi tgk.. pi tgk kat wayang… JANGAN BELI DVD CETAK ROMPAK… huhuhuu